Wednesday 3 June 2015

Ema & Azizan | 13.3.2015

Assalamualaikum. Dah lama tak share gambar kawin. Jadi tak terbukak blog dan terus tukar nama blog serta link. Penukaran nama ni bermula atas gabungan nama kami iaitu Nur & Fairus. Disebabkan keserasian dalam bidang fotografi kami memberi nama yang sangat secocok iaitu NURFA dan penamabah PICTURES, maka terjalin la kisah mesra NURFA PICTURES. hiewww. sweet kan? haaaa. cenggitu la. orang kata kalau nak cari kawan/ sahabat memang kena serasi. Kalau tak serasi mana mungkin tercetusnya idea hebat si fairus ni menukarkan nama tersebut. Sebenarnya Lensa Cabuk yang pernah wujud tu adalah nama samaran bagi si Nur. Siapa Nur? ahahha. Saya lah selaku pemegang akaun ini. cehh. 
Ok lah berbalik pada tujuan post ini. Maka saya ingin berkongsi sedikit gambar yang telah kami tangkap. Kami masih baru lagi (bak kata orang newbie). Jadi tak sehebatlah photographer yang lain. Orang nak gelarkan kami photographer pun  rasa macam tak layak lagi bagi kami. awwww. 
Kami ni pemalu orangnya. hihihhi. <--- nampak tak gelak pun dah tau pemalu ke tak. 

Ok ni serba sedikit. Gambar ni ditangkap pada 13.3. 2015 & 14.3. 2015

NIKAH

Cium tangan suami ambik berkat selepas nikoh. gituww





sweetnya deme ni. uisshh


SANDING 14.5.2015



Cantik dia punya baju dengan warna.Pemilihan warna sangat penting bagi pengantin baru la gambar pun cantik. Ingat tu, pesanan khidmat masyarakat.










Family deme ni tersangatlah sporting haaa. Macam ni la baru best.














Ok itu saja yang dapat kami kongsikan. Bagi sesiapa yang nak kawin dengan harga mampu milik boleh la menempah kami. Boleh hubungi fairus : 0194334310
Hanya untuk disekitar Perak ;)


Thursday 30 October 2014

Nurul & Shahrul | Maternity

Assalamualaikum. 

Hari ni pon nak post hasil kerja kami. Ni pon dah lama jugak. huahaha. Tapi tak de la lama tu bertahun. Sementara cuti sem ni boleh la update blog ni.